Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pertahan hubungan baik: KM

Musa (tengah) bersalaman dengan para pengunjung rumah terbuka Aidilfitri UMNO Zon Enam Tawau, di Dewan Terbuka Masyarakat Tawau. - foto ihsan JKM
Musa (tengah) bersalaman dengan para pengunjung rumah terbuka Aidilfitri UMNO Zon Enam Tawau, di Dewan Terbuka Masyarakat Tawau. – foto ihsan JKM

 TAWAU – Kerajaan negeri akan terus mempertahankan hubungan baik dengan kerajaan Persekutuan bagi memastikan Sabah terus berada dalam Malaysia kerana ia disifatkan satu pilihan terbaik untuk semua pihak.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, keamanan dan kemakmuran yang dikecapi menjadikan Sabah kekal dalam Malaysia.

“Daripada awal lagi kita sudah mengatakan akan kekal dan bersatu dalam Malaysia,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Rumah Terbuka UMNO Zon Enam di Dewan Masyarakat Tawau di sini hari ini.

Kita berterima kasih dengan Malaysia kerana kita berada dalam keadaan aman damai di samping kita boleh membangunkan negeri kita khususnya di Sabah dan Sarawak.

Kita mendapat kerjasama yang baik daripada kerajaan Persekutuan dalam membangunkan Sabah dan Sarawak selari dengan negeri lain di Semenanjung,” ujarnya.Mengulas lanjut, beliau memuji masyarakat setempat atas kehadiran yang begitu ramai dalam menghadiri majlis Rumah Terbuka Hari Raya yang di adakan.

Dengan kehadiran yang ada, kita dapat melihat pelbagai agama dan bangsa bersatu dalam kesepakatan lebih-lebih lagi dalam musim perayaan.

Kesepakatan dan kerjasama kita dapat membangunkan negeri ini dengan baik dengan bersatu hati tanpa mengira agama dan bangsa,” jelasnya. – oleh Muahlim Lise / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan