Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PERTAFA beri sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Air Semporna

SEMPORNA: Persatuan Warisan Wanita Kreatif (PERTAFA) dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Semporna telah menganjurkan Program Sumbangan Bekalan Makanan kepada mangsa kebakaran di Kampung Air  di daerah berkenaan yang kini ditempatkan di Dewan Belia Semporna sementara bagi mendapatkan penempatan yang baharu.

Presiden PERTAFA, Datin Seri Nollyzai Awang Sham ketika ditemui selepas menyempurnakan penyerahan sumbangan berkenaan di sini berkata, NGO sebegini amat digalakkan bagi membantu badan kerajaan dalam menyumbangkan tenaga dan meyuarakan pandangan secara positif.

Tegasnya lagi, mangsa-mangsa kebakaran yang trauma harus diberi sokongan moral dan kata semangat agar mereka tabah dan cekal. Turut hadir pada program berkenaan terdiri daripada Ahli-Ahli Majlis Tertinggi PERTAFA bersama pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Semporna.

Datin Seri Nollyzai turut menambah, bahawa secara keseluruhan objektif program ini telah berjaya dilaksanakan dan sumbangan berkenaan juga telah berjaya disalurkan kepada mangsa yang terlibat, serta memaklumkan bahawa PERTAFA akan menganjurkan lebih banyak program berupa sebegini dimasa akan dating.

Dalam perkembangan berasingan, beliau turut memaklumkan, bahawa PERTAFA ingin mengorak langkah kedepan dalam membantu golongan Wanita khususnya yang telah menjadi mangsa kebakaran berkenaan mahupun yang dilanda musibah.

PERTAFA dalam kenyataannya turut menyatakan, bahawa pihaknya telah merangka pelbagai aktiviti berupa bengkel untuk membantu golongan wanita bagi meningkatkan lagi kemahiran dan ilmu. Melalui penyertaan wanita dalam program-program lain yang bakal dianjurkan PERKASA, mereka dapat meningkatkan jati diri dan kemahiran mereka supaya lebih berdaya saing di masa akan datang.

PERTAFA juga turut mengalu-alukan penyertaan ahli baru dalam persatuan ini dan berharap orang ramai terus memberikan sokongan dalam aktiviti yang dianjurkan pihaknya./SayangSabah


Nolly (tiga dari kiri) menyerahkan sumbangan kepada Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) Jefri Abdul sambil disaksikan Ahli-ahli Majlis Tertinggi PERTAFA.

Komen


Berita Berkaitan