Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PERTAFA BANTU MANGSA KEBAKARAN

Gambar SNT/Ehsan PERTAFA

PERIHATIN … Presiden Persatuan Warisan Wanita Kreatif Sabah (PERTAFA), Datin Seri Nollyzai Awang Sham (gambar) menyampaikan sumbangan bekalan beras 300 kampit kepada mangsa kebakaran di Kampung Air Hujung dan Kampung Air Tengah Semporna di mana seramai 1,086 orang telah kehilangan tempat tinggal.

Nollyzai berkata, aktiviti amal ini adalah sebahagian daripada program yang telah disusun atur untuk memberi sokongan moral kepada penduduk yang terlibat dalam kebakaran di Semporna serta di kawasan Kampung Cenderamata Dua Likas Kota Kinabalu baru-baru ini.

Program ini menarik minat kaum wanita untuk terlibat sama dalam menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan sekaligus bersama-sama menjayakan aktiviti kemasyarakatan serta membantu mereka yang terlibat dalam musibah.

Dalam masa PERTAFA kini sedang merangka pelbagai aktiviti dalam ahlinya khususnya golongan wanita untuk menceburi pelbagai kemahiran bagi menambah pendapatan sampingan mereka serta boleh menyara keluarga mereka, katanya.

Nolly juga mengalu-alukan penyertaan ahli baharu dalam kalangan wanita untuk menyertai PERTAFA bagi mengisi ruang masa mereka sekaligus menggalakan mereka terlibat secara langsung dalam program amal di negeri ini.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan