Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,726

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Persidangan DUN Berjaya Bincang Isu-Isu Kepentingan Rakyat

6:48pm 26/11/2015 Elezebeth Esther Onjining 28 views Laporan Sidang DUN,Tempatan,YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman
Datuk Seri Panglima Musa Aman

Datuk Seri Panglima Musa Aman

KOTA KINABALU- Pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berlansung selama empat hari yang bermula 23 November hingga 26 November (hari ini), tahun ini telah berjaya membincangkan isu-isu yang telah dibangkitkan demi kepentingan rakyat negeri ini.

Menurut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman, semua wakil rakyat dalam dewan tersebut telah diberi kesempatan untuk menyuarakan cadangan mereka demi kepentingan rakyat di kawasan masing-masing.

“Walaupun kebanyakan cadangan adalah daripada pembangkang, namun jika cadangan tersebut dapat memberi kebaikan kepada rakyat, maka cadangan tersebut akan dipertimbangkan”, katanya kepada media ketika sidang media sempena persidangan DUN, hari ini.

Selain itu, Musa juga menyeru kepada semua ahli dewan dan pegawai kerajaan bahawa bajet yang diperuntukkan harus diguna dengan sebaiknya.

“Kita perlu cekap dalam pengurusan dan perlu ada kerjasama antara pemimpin dan pegawai kerajaan dalam melaksanakan belanjawan yang telah dibentang dalam persidangan ini”, katanya.

Beliau berkata lagi bajet yang telah dibentang ini boleh dilaksanakan dengan baik dan mampu memberikan manfaat kepada rakyat di seluruh Sabah jika  ada sokongan padu daripada semua pihak . Oleh Elezebeth Esther/ Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan