Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,694

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Persidangan DUN berjalan dengan lancar-Musa

4:53pm 21/04/2016 Leolerry Lajius 21 views Tempatan,YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman
 Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman (dua dari kiri) bersama timbalannya, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin (kiri) berbual mesra bersama Pembantu-Pembantu Menteri pada Persidangan DUN Sabah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman (dua dari kiri) bersama timbalannya, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin (kiri) berbual mesra bersama Pembantu-Pembantu Menteri pada Persidangan DUN Sabah.

KOTA KINABALU:  Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Mesyuarat Pertama Penggal keempat DUN  ke-14 yang berakhir hari ini, berjalan dengan lancar.

Menurut Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman, setiap wakil rakyat telah mengambil bahagian dengan membangkitkan isu-isu penting  yang memerlukan pemerhatian bagi kebaikan bersama.

“ Menjadi dasar dan pendirian kita sebagai kerajaan yang bertanggungjawab bahawa kita sentiasa bersikap terbuka dan menyambut baik cadangan dan saranan yang terbaik untuk rakyat dan negeri Sabah walaupun ia dikemukakan oleh wakil rakyat pembangkang.”

“Antara isu yang menjadi tumpuan adalah soal keselamatan, soal Barter Trade, Lebuhraya Pan Borneo, tanah dan perkembangan ekonomi semasa,”katanya ketika ditemui media selepas persidangan berkenaan selesai.

Menurut beliau lagi, perkara yang penting dalam persidangan ini adalah dapat berbincang dengan cara yang baik dan berusaha membantu serta mencari penyelesaian yang terbaik untuk kepentingan  rakyat dan memastikan pembangunan negeri dapat berjalan dengan lancar.

Musa juga turut mengalu-alukan orang ramai agar datang beramai-ramai untuk bersama-sama menyaksikan pelancaran projek Lebuhraya Pan Borneo yang akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak di Kampung Andus Papar pada 24 April nanti.

“Apabila siap sepenuhnya kelak, projek ini akan menyediakan infrastruktur yang lebih selamat, selesa dan efisien untuk rakyat seterusnya memacu pembangunan ekonomi dan sosial di negeri ini,”katanya.

Program ini di jangka akan dihadiri oleh lebih daripada 20,000 rakyat dan para pemimpin negeri.-Oleh Leolerry Lajius/ Sayang Sabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan