Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,798

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Persiapan raya musnah dalam kebakaran

6:55pm 05/07/2016 Leolerry Lajius 3581 views Tempatan
Keadaan rumah yang terbabit dalam kejadian berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Keadaan rumah yang terbabit dalam kejadian berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

PUTATAN: Suasana menjelang Hari Raya Aidilfitri diselubungi kesedihan selepas persiapan yang telah dibuat musnah dalam satu kejadian kebakaran rumah yang berlaku di Kampung Linsuk Baru, di sini petang tadi.

Pihak bomba telah menerima maklumat mengenai kejadian berkenaan pada jam 3.50 petang dan tiba di lokasi kejadian sejauh 13 kilometer itu  pada jam 4.11 petang.

Menurut Timbalan Ketua Bomba Zon 1 Kota Kinabalu Jupiri Apou, dianggarkan sebanyak lapan buah rumah musnah dalam kejadian ini dan pihak bomba juga telah berjaya menyelamatkan 15 buah rumah lain yang berdekatan daripada dijilat api.

“Pihak bomba berhadapan dengan cabaran jalan yang sempit dan kedudukan rumah yang saling berdekatan di samping tiupan angin untuk memadam kebakaran.”

“Dalam operasi ini seramai 25 orang anggota dan lima buah jentera telah terlibat untuk memadam kebakaran,”katanya ketika ditemui media di lokasi kebakaran.

Menurut beliau lagi, punca dan jumlah keluarga yang terlibat dalam kejadian ini masih dalam siasatan.

Semasa operasi memadam kebakaran seorang anggota bomba telah terkena renjatan elektrik dan telah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan dan keadaan mangsa adalah stabil.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Pihak bomba menjalankan operasi memadam kebakaran.-Gambar Oleh Alex Mairin

Pihak bomba menjalankan operasi memadam kebakaran.-Gambar Oleh Alex Mairin

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan