Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Persiapan Aidilfitri musnah rumah terbakar

11:06pm 27/06/2016 Pak Roshan 94 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
ANGGOTA bomba memeriksa keadaan rumah papan di Kampung Peringatan, Petagas yang hangus dalam kebakaran, pegang tadi. - Foto Mohd Nazllie Zainul

ANGGOTA bomba memeriksa keadaan rumah papan di Kampung Peringatan, Petagas yang hangus dalam kebakaran, pegang tadi. – Foto Mohd Nazllie Zainul

PUTATAN: Persiapan Aidilfitri dua keluarga di Kampung Peringatan, Petagas dekat sini, musnah apabila rumah mereka hangus dalam kebakaran petang tadi.

Bagaimanapun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu.

Mangsa, Abdul Ghani Mat, 47, berkata ketika kejadian dia dan isteri berada di pejabat di Kota Kinabalu sebelum dihubungi jiran yang memaklumkan rumahnya terbakar.

“Sebaik menerima panggilan, saya bergegas pulang namun sebaik tiba rumah saya dan adik ipar sudah habis terbakar.

“Ketika kejadian, tiada sesiapa di rumah kerana saya serta isteri masih di pejabat manakala anak bongsu bersekolah petang dan anak sulung belum pulang.

“Kami hanya tinggal sehelai sepinggang termasuklah persiapan menyambut Syawal minggu hadapan semua habis musnah,” katanya ketika ditemui di lokasi kebakaran.

Abdul Ghani berkata, rumah adik iparnya yang tinggal bersebelahan turut hangus namun mereka sekeluarga sempat menyelamatkan diri.

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Hamsa Isnurdini, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 3.12 petang sebelum menghantar 27 anggota dan tiga jentera ke lokasi.

“Sebaik tiba, dua rumah ini sudah terbakar 80 peratus disebabkan api merebak dengan cepat berikutan rumah dibina daripada kayu.”Bagaimanapun tindakan pantas serta taktikal operasi yang berkesan berjaya menyelamatkan sebuah masjid berhampiran daripada turut terbakar.

“Api terkawal pada jam 3.27 petang manakala operasi tamat sepenuhnya jam 4.40 petang dan punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan,” katanya. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan