Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PERSETUJUAN BERSAMA TENTUKAN MEKANISMA ROYALTI

Tangau menerima cenderahati daripada Petronas selepas menyampaikan ucaptama. Gambar oleh SNT/Ehsan Kementerian Perdagangan dan Industri

KOTA KINABALU: Sebarang keputusan tentang mekanisma pembayaran royalti minyak 20 peratus haruslah dipersetujui bersama kerajaan negeri pengeluar minyak dan pusat.

Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata perkara ini jelas termaktub dalam Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974.

Pada mulanya kerajaan negeri Sabah menyambut baik pengumuman pembayaran royalti 20 peratus tersebut namun terpaksa berundur apabila pengumuman kedua dibuat menyatakan pembayaran adalah berdasarkan kepada keuntungan bersih dan bukan pengeluaran, katanya.

Bercakap dalam sidang media selepas menyampaikan ucaptama sempena forum perjumpaan dan bicara industri strategik antara Sabah dan Petronas di Hyatt Regency Hotel di sini Khamis, Tangau berkata masih banyak ruang untuk kedua-dua pihak berbincang termasuklah isu pindaan terhadap PDA.

Peserta daripada tiga entiti – Kerajaan Negeri, Sabah Oil and Gas Development Corporation (SOGDC) dan Petronas dalam forum tersebut. Gambar oleh SNT/Ehsan Kementerian Perdagangan dan Industri

Oleh kerana Menteri Hal-ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali telah menyebut tentang keperluan untuk pindaan terhadap akta itu, Tangau mencadangkan supaya pindaan dibuat agar diadakan peruntukan menghendaki Petronas melapor kepada Dewan Rakyat.

“Walaupun Petronas ada menyediakan laporan tahunan yang boleh didapati di tempat-tempat tertentu namun kita mahu syarikat ini membentangkan laporan mereka di Dewan Rakyat,” katanya sambil menambah ini berkaitan dengan hal ketelusan.

Pada persidangan Dewan Rakyat 19 Julai lepas, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) komited merealisasikan janjinya, termasuk dalam soal pemberian royalti 20 peratus kepada negeri-negeri pengeluar petroleum. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan