Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Persempadanan semula kawasan Parlimen hak SPR

Azizah Mohd. Dun menyampaikan sumbangan beg sekolah salah seorang kanak-kanak di SK Rimbaan sempena Program Ziarah Kebajikan Parlimen Beaufort. - foto Aryan De Vera
Azizah Mohd. Dun menyampaikan sumbangan beg sekolah salah seorang kanak-kanak di SK Rimbaan sempena Program Ziarah Kebajikan Parlimen Beaufort. – foto Aryan De Vera

KUALA PENYU – Sebarang usaha untuk mengemukakan cadangan persempadanan semula bagi menambah jumlah kerusi Parlimen di negeri dilihat wajar dan memenuhi keperluan semasa penduduk di negeri ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat yang juga Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Mohd. Dun berkata, cadangan itu dinilai dari segi kesesuaian mahu pun faktor logistik.

“Ia akan memudahkan lagi wakil rakyat memberi khidmat lebih berkesan kepada rakyat, termasuk membawa lebih banyak pembangunan di kawasan terlibat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan barangan sekolah dan Bantuan Awal Persekolahan kepada pelajar di Sekolah Rendah (SK) Rimbaan, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pemangku Presiden UPKO, Datuk Madius Tangau yang berharap persempadanan semula melibatkan pertambahan jumlah kerusi Parlimen di negeri ini ditumpukan ke kawasan Pantai Barat Sabah.

Walau bagaimanapun, Azizah berkata, cadangan mengenai persempadanan semula ini terletak di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menentukannya.

Sabah kini mempunyai 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 25 kawasan Parlimen sejak kali terakhir persempadanan semula dilaksanakan pada tahun 2003. – oleh Aryan De Vera / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan