Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Persefahaman di antara rakyat, kerajaan jamin kestabilan negara

Tan Sri Joseph Pairin Kitingan. - foto Ille Tugimin
Tan Sri Joseph Pairin Kitingan. – foto Ille Tugimin

KOTA KINABALU – Kemeriahan sambutan Tahun Baharu Cina yang menjadi salah satu perayaan utama di negara ini mencerminkan betapa rakyat di negara ini bebas mengamalkan budaya masing-masing, disamping turut berpeluang meraikan bermacam perayaan lain.

Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, ia dibuktikan menerusi interaksi yang ditunjukkan oleh rakyat berbilang kaum di Sabah yang hadir dalam setiap perayaan, merupakan amalan sebenar amalan konsep 1Malaysia.

“Bila kita adakan perayaan sama ada Hari Raya, Kaamatan, Tahun Baharu Cina, tentu sekali semangat ini begitu menyerlah khususnya di Sabah. Bagi saya, kita harus berbangga dengan pencapaian kita setiap kali mengadakan perayaan di negeri ini.

“Apa yang penting, amalan ini bukanlah semata-mata musim perayaan sahaja kerana silaturaahim sesama kita sudah wujud dan kita perlu terus pegang sampai bila-bila,” katanya kepada pemberita sempena majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina Parti Bersatu Sabah (PBS) di sini hari ini.

Majlis rumah terbuka itu dihadiri tetamu kehormat, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan isteri, Datin Seri Faridah Tussin dan menteri-menteri Kabinet negeri serta pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) negeri.

Pairin yang juga Presiden PBS menambah, keharmonian dan keamanan negara hari ini sehingga membolehkan rakyat pelbagai agama dan kaum menyambut pelbagai perayaan bersama, merupakan hasil kerjasama serta persefahaman di antara kerajaan dan rakyat.

Jelas beliau lagi, amalan ini harus dipelihara demi kebaikan generasi akan datang serta dalam usaha negara mencapai kemajuan daripada semua aspek menjelang 2020. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan