Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,781

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Persediaan Krismas terjejas akibat Melor

9:23am 16/12/2015 Pak Roshan 218 views Global
KEADAAN kediaman penduduk di Bulan di wilayah Sorsogon yang musnah dilanda Melor, semalam.

KEADAAN kediaman penduduk di Bulan di wilayah Sorsogon yang musnah dilanda Melor, semalam.

Bulan (Filipina): Taufan Melor yang melanda tengah Filipina semalam menyebabkan empat orang maut dan menjejaskan persediaan menyambut Krismas jutaan penduduk yang terputus bekalan elektrik.

Penduduk yang kembali ke kediaman masing-masing semalam terpaksa menahan kesedihan apabila banyak rumah yang rosak teruk dibadai Melor.

Krismas adalah perayaan paling disambut di Filipina yang mempunyai 80 peratus penduduk beragama Katolik.

“Ini akan menjadi perayaan Krismas yang paling sedih dan gelap kerana kami tiada bekalan elektrik.

“Bagaimanapun, apa yang paling penting semua ahli keluarga saya selamat,” kata seorang petani, Noemi Pesigan.

Melor menyebabkan rumah dua tingkat milik petani berusia 54 tahun yang tinggal di Bulan, sebuah pekan pertanian kecil itu rosak teruk.

Tiga penduduk dilaporkan terbunuh dalam kejadian banjir di wilayah Samar Utara, kata pegawai bantuan wilayah, Jonathan Baldo.

Jurucakap agensi bantuan bencana kebangsaan, Mina Marasigan memberitahu, seorang lagi penduduk di Samar Utara maut akibat terkena serpihan yang diterbangkan angin.

Pegawai pertahanan awam pula berkata, laporan di kawasan terpencil lain belum diketahui kerana hubungan komunikasi terputus.

Melor dengan kekuatan angin 185 kilometer sejam melemah sedikit ketika melanda tengah Filipina dan dijangka terus melemah apabila tiba di Laut China Selatan pada petang semalam. – AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan