Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Persatuan Silat perlu gabung tenaga promosikan seni bela diri di Sabah: Musa

Musa menandatangani plak sempena merasmikan Program Merakyatkan Seni Budaya di Padang Merdeka, sini, hari ini

Musa menandatangani plak sempena merasmikan Program Merakyatkan Seni Budaya di Padang Merdeka, sini, hari ini

KOTA KINABALU- Persatuan silat di negeri ini digesa berkerjasama dan bergabung tenaga dalam mempromosikan seni mempertahankan diri berkenaan ke seluruh negeri.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman berkata kerjasama itu diperlukan bagi menarik lebih ramai penyertaan dan penglibatan generasi muda agar seni mempertahankan diri itu tidak dilupakan disamping mengukuhkan semangat perpaduan dan keharmonian rakyat negeri ini.
“Amat rugi jika para belia di negeri ini tidak berudaha mengambil peluang yang ada untuk melibatkan diri dalam aktiviti Seni Bela Diri.
“Kita sepatutnya bersyukur dan berbangga kerana mempunyai pelbagai aliran seni bela diri yang boleh dipilih untuk dijadikan aktiviti yang bermanfaat,”katanya ketika berucap semasa merasmikan Program Merakyatkan Seni Budaya, disini, hari ini.
Program yang merupakan anjuran bersama Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Sabah dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah disertai lebih kurang seramai 1,200 orang penggiat seni bela diri daripada 31 persatuan seni bela diri dari seluruh negeri.
Musa berkata, Kerajaan Negeri akan sentiasa memberi kerjasama dan mengalu-alukan program seperti itu kerana mampu mengekalkan martabat seni bela diri pada tahap yang lebih tinggi.
Tambahnya, program berkenaan perlu dijadikan sebagai titik tolak perubahan minda dan budaya kehidupan yang positif untuk masyarakat negeri Sabah.
“Saya amat berbangga dengan inisiatif yang dilaksanakan oleh Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi, dalam meningkatkan imej seni bela diri sebagai salah satu gaya hidup yang positif.
“Usaha-usaha yang dilakukan oleh Silat Cekak Pusaka Hanafi di negeri Sabah sememangnya wajar dilihat secara positif dan dijadikan model ikutan bagi menarik minat setiap lapisan masyarakat, untuk menjadikan aktiviti seni bela diri sebagai aktiviti sampingan kehidupan setiap hari,”katanya.
Hadir sama, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Hajah Jainab Ahmad Ayid, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai, Pengarah JKKN Sabah, Mohd Raizuli Mohd Jusoh dan Yang di Pertua Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Sabah merangkap Naib Presiden Persatuan Seni Silat Pesaka sabah, Haji Awang Masri Kefli. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah
KENANGAN... Musa merakamkan gambar kenangan bersama para peserta Program Merakyatkan Seni Budaya, hari ini.

KENANGAN… Musa merakamkan gambar kenangan bersama para peserta Program Merakyatkan Seni Budaya, hari ini. 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan