Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Persatuan silat digesa tarik lebih ramai penyertaan generasi muda berbilang kaum

8:20pm 27/02/2016 Leolerry Lajius 86 views Sukan,Tempatan
Tawfiq (tengah) menghunus keris sebagai simbolik perasmian kejuaraan tersebut.

Tawfiq (tengah) menghunus keris sebagai simbolik perasmian kejuaraan tersebut.

KOTA KINABALU: Kejuaraan Pencak Silat Sabah dan Jemputan Antarabangsa 2016 yang diadakan di pusat beli-belah 1Borneo menyaksikan penyertaan seramai 225 orang peserta dari 13 buah pasukan yang terdiri daripada  enam pasukan dari Sabah, lima pasukan jemputan kebangsaan dan dua pasukan jemputan antarabangsa dari Indonesia.

Menurut Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Hj. Tawfiq bin Datuk Seri Panglima Hj. Abu Bakar Titingan, penganjuran kejuaraan tersebut dapat mengembangkan dan memartabatkan seni Pencak Silat yang merupakan salah satu warisan dan khazanah yang bernilai.

“Saya menggesa semua persatuan silat yang ada agar dapat bergerak dan bergabung tenaga untuk mempromosikan sukan ini bagi menarik lebih ramai penyertaan generasi muda berbilang kaum,”katanya ketika berucap sempena upacara perasmian kejuaraan tersebut mewakili Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman di sini, hari ini.

Tambah beliau, Kerajaan Negeri akan terus melaksanakan transformasi pembangunan sukan berpaksikan teras strategik kecemerlangan sukan di bawah ‘Blueprint Pembangunan Sukan Negeri Sabah 2014-2030’ untuk meningkatkan kecemerlangan industri sukan negeri.

“Industri sukan juga akan terus dimajukan sebagai salah satu penyumbang ekonomi negeri menerusi penggalakan dalam ‘Sukan Pelancongan’,”katanya.

Kejuaraan tersebut yang mempertandingkan Silat Seni dan Silat Olahraga bagi kategori lelaki dan wanita  diadakan sejak 25 Februari yang lalu akan berlangsung sehingga esok. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Persembahan buka gelanggang dari Ketua Dewan Pendekar.

Persembahan buka gelanggang dari Ketua Dewan Pendekar.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan