Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Persatuan seragam diseru bantu banteras gejala-gejala negatif-Tawfiq

Tawfiq (dua dari kanan) melakukan gimik perasmian sempena Karnival Hari Peringatan Pandu Puteri Peringkat Negeri 2017, dekat sini, hari ini. Turut kelihatan, Yang Di-Pertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Sabah, Datuk Naomi Chong Set Mui (dua dari kiri).

KOTA KINABALU: Persatuan- persatuan seragam di negeri ini khususnya diseru agar membantu membanteras gejala-gejala negatif seperti penyalahgunaan dadah dan ekstremism di kalangan generasi muda pada hari ini.

Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Hj Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata persatuan seragam atau persatuan-persatuan belia dibawah Majlis Belia Sabah (MBS) perlu memastikan generasi muda dihindarkan daripada terjebak dalam gejala negatif.

“Saya berharap agar ahli-ahli persatuan Pandu Puteri akan berusaha gigih membantu membanteras gejala negatif melalui melaksanakan aktiviti kesukarelaan dengan gaya hidup sihat.

“Jadilah sukarelawan yang sentiasa memberikan dorongan kepada rakan-rakan di sekeliling kita untuk menjauhi gejala negatif ini dan mendorong menjalani aktiviti sihat dan berfaedah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Karnival Hari Peringatan Pandu Puteri Peringkat Negeri 2017, dekat sini, hari ini.

Dalam masa sama, Tawfiq turut menyeru para belia khususnya mereka yang belum mendapatkan pekerjaan agar menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.

Katanya, Kementerian Belia Sukan (KBS) akan melancarkan satu skim yang diberi nama Youth Entrepreneurship Scheme Sabah (YESS) 

Tambahnya, kerajaan negeri melalui KBS memperuntukkan sejumlah RM 10 juta mengagihkan Geran Ehsan kepada usahawan-usahawan belia yang menghadapi kekangan pinjaman terutamanya pihak bank.

“Golongan usahawan ini yang akan menjalankan perniagaan kecil-kecilan sudah tentunya akan berdepan dengan cabaran untuk mendapatkan pinjaman daripada bank kerana mereka tidak memiliki cagaran sepertimana yang lazimnya disyaratkan oleh pihak bank,” jelasnya

Dalam perkembangan sama, Tawfiq turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada persatuan Pandu Puteri atas komitmen meraikan Hari Peringatan pada setiap tahun.

Jelasnya, program itu memberi peluang kepada semua ahli untuk berinteraksi dalam suasana yang harmoni dan bersatupadu disamping melahirkan pemimpin-pemimpin wanita yang berketrampilan dan berwibawa. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan