Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,823

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Persatuan RELA dinaiktaraf menjadi Jabatan Sukarelawan Malaysia

3:07pm 20/12/2015 Elezebeth Esther Onjining 139 views Tempatan
Jainab (tengah) bergambar bersama angota RELA setelah selesai majlis perasmian

Jainab (tengah) bergambar bersama angota RELA setelah selesai majlis perasmian. Foto oleh Alex Mairin/ SayangSabah

TUARAN-  Penambahbaikkan dan pengiktirafan dalam menjadikan Persatuan Sukarelawan Malaysia (RELA) kepada Jabatan Sukarelawan Malaysia merupakan usaha keras daripada pihak pentadbiran tertinggi, dan kesungguhan serta komitmen daripada segenap lapisan warga RELA.

Menurut Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Jainab Ahmad Ayid, RELA kini akan semakin gagah memacu transformasi selaras dengan Kerajaan Pusat menerusi Akta Pasukan Sukarelawan Malaysia untuk memperkasakan dan menggerakkan semangat kesukarelawan dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Pengiktirafan ini merupakan satu penghargaan kepada kesemua anggota RELA dalam usaha mereka bagi menjaga keamanan kawasan setempat agar masyarakat dapat gidup dalam keadaan yang aman damai”, kata beliau.

Beliau berkata demikian semasa berucap ketika merasmikan majlis Hari Keluarga RELA Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu 2015, di Dewan Kinabalu, Pusat Latihan RELA Negeri Sabah, disini, hari ini.

Disamping itu, beliau berkata masyarakat setempat kini faham faham tentang peranan dan fungsi RELA selaras dengan teras jabatan untuk melahirkan anggota yang seimbang dari segenap segi.

“Tugas-tugas pihak RELA pada masa kini semakin hari menhadi lebih mencabar. Walaubagaimanapun, bilangan keanggotaanya juga semakin bertambah mengikut peredaran waktu.

“Saya difahamkan keanggotaan RELA Bandaraya Kota Kinabalu pada masa kini adalah seramai 40,281 anggota yang terdiri daripada 23,061 Relawan dan 17,220 Relawati”, ujar beliau.

Menurut beliau lagi, RELA juga telah memperkenalkan satu konsep 5K1P iaitu Keselamatan, Keamanan, Kesejahteraan, Keharmonian, Kesatuan dan Perpaduan.

“Konsep ini dilihat sebagai satu konsep yang sesuai dengan peranan RELA sebagai ‘Duta Kecil Kerajaan’ dimana peranan RELA bukan sekadar sebagai sebuah pasukan separa keselamatan, tetapi juga sebagai sebuah pasukan sukarelawan yang melakukan aktiviti aktiviti kemasyarakatan”, katanya.

Hadir sama, wakil Pengarah RELA Negeri Sabah, Penolong Pesurujaya RELA Shahrizal Haron dan Pegawai RELA Bandaraya Kota Kinabalu, Penguasa RELA Mohd Bakry Md Baily.- Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan