Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Persatuan Nelayan Gesa SPRM Siasat Bot Nelayan Asing Di Mengalun

22 sandakan nelayan

TAWAU : Gabungan Persatuan Perikanan dan Kapal Nelayan Sabah mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat aktiviti menangkap ikan oleh nelayan luar negara dipercayai Vietnam di perairan Pulau Mengalun dekat perairan Kota Kinabalu.

Pengerusinya, Arsani Arsat berkata kira-kira 20 kapal Vietnam menangkap ikan di perairan itu baru-baru ini dan sekarang telah meninggalkan kawasan tersebut.

Beliau berkata persatuan itu telah membuat aduan mengenai perkara itu.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis dialog bersama pemain-pemain industri termasuk operator pelancongan, perkapalan nelayan serta persatuan dewan perniagaan bagi Zon Selamat Pantai Timur Sabah, di sini, hari ini.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan