Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Persatuan Kanser Desak Kerajaan Haramkan Vape

 

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR – Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM) menggesa kerajaan segera mengharamkan penggunaan rokok elektronik atau e-rokok di negara ini.

Presiden dan Pengarah Perubatannya, Dr. Saunthari Somasundaram berkata, e-rokok boleh menjadi isu kesihatan besar ke atas rakyat maka kerajaan Malaysia perlu mengemukakan pendirian tegas mengenai isu tersebut.

“Pengharaman e-rokok adalah cara paling efektif untuk memastikan keselamatan orang ramai dan NCSM dengan ini menasihati kerajaan mengambil kira pendirian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Saunthari melahirkan rasa kesal kerana kerajaan menangguhkan larangan penggunaan e-rokok sedangkan tiada sebarang faedah daripadanya berbanding penggunaan rokok tembakau.

Menurutnya, kerajaan Malaysia perlu mengambil berat mengenai tahap keselamatan penggunaan e-rokok kerana tiada sebarang bukti saintifik bahawa peralatan itu selamat atau mampu membantu individu berhenti merokok.

“Kajian menunjukkan pengguna e-rokok tidak benar-benar bebas risiko dan pihak berkuasa kesihatan termasuk di Amerika Syarikat serta Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan jumlah bahan toksik yang dihasilkan oleh rokok elektronik adalah tidak diketahui,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Komen


Berita Berkaitan