Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Persatuan Ibu Tunggal Kinabatangan Disaran Tubuh Koperasi

BUNG3

KINABATANGAN, 24 Feb : Anggota Parlimen Kinabatngan, Datuk Bung Moktar Radin menyaran Persatuan Ibu Tunggal Kinabatangan agar mewujudkan koperasi.

Beliau berkata ia bagi mempertingkatkan aktiviti ekonomi untuk anggotanya. “Koperasi berkenaan boleh mengeluarkan produk makanan seperti kerepek untuk dipasar di pasaran tempatan dan seluruh negara,” katanya pada majlis perasmian Program Transformasi Pusat Persatuan Ibu Tunggal Nur Kasih Kinabatangan di Bukit Garam di sini hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Felcra berkata pusat persatuan ibu tunggal itu boleh digunakan untuk melaksanakan aktiviti ekonomi golongan berkenaan. Internet dan media sosial boleh digunakan untuk menjalankan perniagaan, katanya.- BERNAMA

BUNG2

Komen


Berita Berkaitan