Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Persatuan Hakka dan SM Tsung Tsin terajui pembangunan sekolah persendirian dipuji

teo chee kang

KOTA KINABALU- Kejayaan serta usaha aspirasi yang dilakukan oleh Persatuan Hakka Kota Kinabalu dan Sekolah Menengah Tsung Tsin Sabah dalam menerajui pembangunan sekolah-sekolah persendirian di Sabah mendapat pujian.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman berkata, kejayaan dan keupayaan sekolah itu untuk mempertahankan serta mengekalkan standard sekolah lima bintang dan standard kecemerlangan dalam kedua-dua bidang akademik dan kokurikulum itu penting.

“Ia bukan sahaja perlu diteruskan tetapi juga perlu dipertingkatkan lagi pada masa-masa yang akan datang,” katanya ketika majlis perasmian jubli emas Sabah dan bangunan asrama pelajar SM Tshung Tsin di sini hari ini.

Teks ucapanya disampaikan oleh Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Teo Chee Kang.

Dalam pada itu, Musa turut mengucapkan syabas kepada Persatuan Hakka Kota Kinabalu dan sekolah itu kerana berjaya menyiapkan projek pembinaan bangunan lima tingkat asrama pelajar.

Musa percaya dengan adanya asrama itu, ia mampu menampung pelajar sekolah sama ada dari luar daerah Kota Kinabalu atau luar negara untuk mendapatkan ilmu disekolah berkenaan.

Sementara itu, Teo ketika ditemui berkata, setiap tahun ramai pelajar dari sekolah persendirian di Sabah berjaya menjadi modal insan yang berguna dan mereka kini berada di sektor-sektor berlainan menyumbang tenaga ke arah pembangunan negara serta masyarakat.

Teo berkata, sudah tentu pencapaian SM Tshung Tsin dan sekolah persendirian Cina lain di Sabah sememangnya adalah sebahagian daripada arus pendidikan di Malaysia.

Tambahnya, projek yang memakan kos lebih daripada RM6juta mampu menempatkan seramai 250 orang pelajar selepas sijil pendudukan (OC) diterima oleh pihak sekolah.- oleh Dewiana Tinggolongon / SayangSabah.

Komen


Berita Berkaitan