Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Persatuan Dewan Perniagaan Tiong Hua cadang kerajaan bina tugu peringatan Tanduo

Penulis meninjau galeri selepas lima tahun pencerobohan pengganas Sulu di Kampung Tanduo.

 

LAHAD DATU, 12 Sept – Dewan Persatuan Perniagaan Tiong Hua Lahad Datu mencadangkan agar sebuah tugu peringatan pahlawan dibina di kawasan pencerobohan di Tanduo bagi memperingati peristiwa berdarah di situ pada 2013.

Pengerusinya, Tan Chen Teng berkata pembinaan tugu peringatan itu juga bertujuan memperingati jasa dan pengorbanan pasukan keselamatan dan mereka yang terkorban dalam peristiwa tersebut.

“Tugu ini juga akan menjadi satu tarikan dimana pelancong-pelancong tempatan dan luar negara akan berkunjung ke Tanduo,” katanya semasa berucap dalam majlis Hi Tea bersempena menghargai perkhidmatan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, SAC Hamzah Ahmad di sini, hari ini.

Hamzah yang telah berkhidmat sejak Ogos 2014 di daerah ini akan bertukar ke Bukit Aman dan dilantik sebagai Komander Pasukan Simpanan Persekutuan, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA).

Terdahulu, Hamzah turut menyampaikan sijil penghargaan kepada 70 pegawai dan anggota pelbagai pangkat dalam satu majlis perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu.

— BERNAMA

pakaian dan senjata yang dipamerkan di galeri.

Komen


Berita Berkaitan