Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PERSATUAN BUDDHA KOTA KINABALU INGIN KERJASAMA DENGAN KERAJAAN PROMOSI HARI WESAK

 

Jane menerima kertas cadangan daripada Persatuan Buddha Kota Kinabalu dalam kunjungan hormat mereka. Gambar SNT/Alfred Petrus

KOTA KINABALU:  Lapan wakil dari Persatuan Buddha Kota Kinabalu mengadakan kujungan hormat ke pejabat Pembantu Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Jane Lasimbang di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) di sini hari ini.

Jane berkata, tujuan wakil persatuan berkenaan membuat kunjungan hormat ke pejabatnya adalah untuk memaklumkan berkenaan idea dan membincangkan dana yang diberikan berjumlah RM20 juta setahun oleh kerjaan negeri yang lalu kepada kumpulan atau pertubuhan keagamaan bukan islam.

“Mereka juga menyatakan idea mereka tentang bagaimana mempromosikan hari Wesak sebagai satu acara bersifat penyatuan dan kefahaman antara agama.

“Saya rasa ia adalah idea yang baik dan boleh saya panjangkan kepada Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang mana beliau sangat terbuka untuk mempromosi antara agama dan keharmonian antara etnik di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata, mereka juga menyatakan kebimbangan mereka mengenai masalah perjudian di negeri ini terutamanya di bandar-bandar dalam kalangan berumur dan remaja.

“Mereka merasakan bahawa golongan berumur ini tidak mempunyai aktiviti termasuk aktiviti sosial.

“Oleh itu, mereka perlu mencari jalan untuk memastikan bahawa tempat-tempat perjudian ini tidak akan memancing golongan ini untuk datang ke premis perjudian untuk meluangkan masa mereka.

“Ramai antara mereka yang sudah bersara dan mereka bimbang dengan aktiviti perjudian ini akan membawa kepada kehilangan wang ringgit dan harta benda mereka,” jelasnya.

Dalam pada itu, Jane menggalakkan para pemimpin keagamaan akan bekerjasama mengadakan program untuk memastikan golongan berkenaan mempunyai aktiviti lebih berfaedah dan jauh dari gejalah perjudian. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan