Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Persatuan belia digesa tubuh komuniti bomba

Nordin Pauzi (kiri) menyerahkan alat pemadam api kepada Tawfiq Abu Bakar Titingan dalam program itu. - foto Masani Sandan
Nordin Pauzi (kiri) menyerahkan alat pemadam api kepada Tawfiq Abu Bakar Titingan dalam program itu. – foto Masani Sandan

TAWAU – Persatuan belia di negeri ini digesa menubuhkan pasukan bomba komuniti di kawasan masing-masing dalam usaha membantu menangani kes kebakaran kecil yang berlaku.

Sehubungan itu, Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan mahu pegawai belia dan sukan negeri ini juga mengambil sikap proaktif menggalakan persatuan belia menubuhkan pasukan bomba komuniti khasnya yang mendiami kawasan sukar mendapat akses bomba.

“Kalau ada pasukan bomba komuniti, kebakaran kecil boleh ditangani dengan lebih berkesan kerana mereka perlu mengikuti kursus pemadaman api atau menangani kebakaran,” katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran Kempen Kesedaran Keselamatan Kebakaran dan Jalan Raya Sempena Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2015 peringkat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah di Stesen Minyak Petronas Batu 2, Jalan Apas, di sini hari ini.

Tawfiq yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas, golongan belia perlu sentiasa bersedia dan bekerjasama dengan Rukun Tetangga dan menjadi barisan hadapan dalam membantu sebarang masalah yang dihadapi di kawasan masing-masing.

Mengenai program tersebut, Tawfiq berkata, kempen berkenaan mampu memberikan impak yang sangat positif dalam meningkatkan kesedaran masyarakat tentang bahaya kebakaran dan kemalangan.

Sementara itu Pengarah JBPM Sabah, Nordin Pauzi menyambut baik saranan itu bagi membantu pihaknya khasnya di kawasan berisiko tinggi berlaku kebakaran.

“Kita juga ada pasukan bomba sukarela dan pasukan bomba komuniti yang mana kita galakkan masyarakat setempat atau persatuan belia menubuhkan pasukan bomba,” ujarnya ketika ditemui pemberita dalam program itu. – oleh Masani Sandan / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan