Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,646

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Perpustakaan UMS disyor untuk wujudkan kad keahlian untuk media

7:32pm 14/02/2016 Leolerry Lajius 28 views Tempatan
Dr. Shahril menyampaikan cenderahati kepada salah seorang wartawan.

Dr. Shahril menyampaikan cenderahati kepada salah seorang wartawan.

KOTA KINABALU: Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan disyorkan untuk memberikan kad keahlian kepada para media.

Menurut Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UMS Prof. Dr. Shahril Yusuf,  langkah untuk memberikan kad keahlian kepada para media itu merupakan salah satu platform bagi memudahkan para media membuat kajian mengenai topik atau isu-isu dalam penulisan mereka.

“Saya akan syorkan kepada pihak pengurusan perpustakaan UMS untuk membuka kad keahlian kepada para media bagi membolehkan mereka membuat kajian atau penyelidikan mengenai topik dalam penulisan mereka yang memerlukan penyelidikan yang lebih teliti,”katanya ketika berucap sempena Karnival Media bersama anak yatim Rumah Anak Kesayangan yang diadakan di Pantai Odec UMS pagi tadi.

Antara media yang hadir pada karnival tersebut.

Antara media yang hadir pada karnival tersebut.

Tambah beliau, karnival yang dianjurkan pada tahun ini telah diberi suntikan kelainan iaitu penglibatan anak-anak yatim dan juga diadakan di kawasan terbuka  berbanding tahun sebelumnya yang diadakan di hotel dengan mengadakan majlis makan malam sahaja.

Beliau turut menyatakan bahawa program seumpa ini yang turut melibatkan anak yatim merupakan satu tanggungjawab sosial yang secara tidak langsung memberikan peluang kepada peserta untuk saling berinteraksi dan mengeratkan silaturahim antara satu sama lain.

Karnival tersebut turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti sukaneka, karaoke  dan cabutan tiket bertuah dengn kehadiran lebih kurang 200 orang pengunjung. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Antara aktiviti sukaneka ketika karnival tersebut.

Antara aktiviti sukaneka ketika karnival tersebut.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan