Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,695

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Perpustakaan kini bukan sahaja tempat meminjam buku

10:01pm 17/05/2016 Leolerry Lajius 29 views Pendidikan,Tempatan
Jainab menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang pertandingan yang dianjurkan sempena program berkenaan berlansung.-Gambar Oleh Alex Mairin

Jainab menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang pertandingan yang dianjurkan sempena program berkenaan-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Perpustakaan kini bukan sahaja tempat meminjam buku untuk mendapatkan maklumat dalam pelbagai jenis dan bentuk tetapi ia juga menyediakan kemudahan ICT, ruang yang kondusif dengan pelbagai perkhidmatan yang lain ke arah memenuhi kehendak dan keperluan semasa pengguna.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Hajah Jainab Hj. Ahmad Ayid berkata, dalam zaman teknologi sekarang, tidak dinafikan bahawa pencarian maklumat menjadi semakin mudah, cepat dan meluas malah dikatakan terletak di hujung jari sahaja.

“Menyedari cabaran ini, peranan perpustakaan sebagai institusi maklumat juga turut berubah,”katanya ketika berucap merasmikan majlis penutupan minggu perpustakaan 2016 di ibu pejabat perpustakaan negeri Sabah, di sini, hari ini.

Menurut beliau lagi, Perpustakaan Negeri Sabah di bawah kementeriannya juga telah mengukuhkan konsep perkongsian pintar dengan agensi-agensi lain dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

“Pada tahun ini, buat pertama kalinya perpustakaan Negeri Sabah telah bekerjasama dengan Steadtler Luna Malaysia, di mana syarikat ini telah bermurah menyumbang 90 kotak pensil warna bagi bengkel mewarna bagi kanak-kanak dan dewasa.”

“Pihak perpustakaan juga berkolaborasi dengan Science Of Life (SOLS) yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Persekutuan  untuk menjalankan Program Bahasa Inggeris 1Malaysia dan turut menyediakan ruang belajar kepada 260 orang yang telah mendaftar untuk program berkenaan,”katanya.

Program yang diadakan di seluruh negara ini adalah program selama empat bulan secara percuma kepada semua golongan masyarakat yang berumur seawal tujuh tahun sehingga warga emas yang berminat untuk mempelajari bahasa inggeris.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan