Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Perpindahan MAWILLA 2 ke Sandakan mantapkan kawalan pertahanan perairan timur Sabah

Ganesh memeriksa perbarisan di Sandakan. Gambar Bernama

SANDAKAN, 29 Ogos (Bernama) –Perpindahan Markas Wilayah Laut (MAWILLA) 2 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke Sandakan dilaksanakan untuk memantapkan perintah dan kawalan pertahanan serta pengurusan keselamatan maritim di  perairan timur Sabah.

Panglima MAWILLA 2 Laksamana Muda Datuk Ganesh Navaratnam berkata perairan timur negeri ini meliputi Laut Sulu dan Laut Sulawesi merupakan satu daripada laluan maritim utama rantau ini.

Katanya kawasan timur Sabah juga menyumbang kepada ekonomi negeri Sabah khususnya dalam aspek industri kelapa sawit, pelancongan dan perikanannya.

“Kesemua ini menunjukkan betapa pentingnya kawasan tanggungjawab di bawah pemerintahan Wilayah Laut 2,” katanya pada perbarisan dan menyampaikan perutusan ulung Panglima Wilayah Laut 2 di sini, hari ini.

Ganesh dilantik sebagai Panglima MAWILLA 2 pada 22 Jun lepas menggantikan Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman Ayob yang dilantik sebagai Panglima Armada Timur di pangkalan TLDM Kota Kinabalu.

Menurutnya markas pemerintahan Wilayah Laut 2 mulanya diwujudkan di Labuan pada 1966 bagi menjaga kepentingan maritim negara di perairan Sabah, Sarawak dan Laut China Selatan.

Namun, katanya, pada 2006, lokasi markas ini dipindahkan ke Pangkalan TLDM Kota Kinabalu sejajar dengan pertambahan aset dan perkembangan terkini TLDM serta peningkatan kepentingan maritim negara di perairan terbabit.

Markas ini sekali lagi  dipindahkan lokasinya ke pangkalan TLDM Sandakan yang secara rasmi beroperasi bermula 17 Okt tahun lepas, katanya.

Ganesh berkata berpandukan kepada dasar pengoperasian MAWILLA 2 yang dikeluarkan oleh Panglima Armada Timur pada 17 Okt tahun lepas, peranan anggota TLDM di markas itu adalah untuk  mempertahankan kedaulatan dan keselamatan maritim di perairan Sabah.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan