Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Perpaduan rakyat asas kekuatan negara

5:40pm 28/11/2015 Ann Vivien 22 views Isu Semasa,Tempatan
Hamisa menyiram peserta berkhatan

Hamisa menyiram peserta berkhatan

TAWAU: Perpaduan masyarakat mampu mewujudkan kestabilan politik, kekuatan ekonomi dan keseimbangan sosial.

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Hamisa Samat berkata ketenteraman dan keselesaan yang dinikmati sekarang adalah hasil daripada kestabilan politik dan sosial kerana rakyat di negara ini tidak bersikap pelampau dan pasukan keselamatan dan keamanan pula menjalankan tugas mereka dengan penuh tanggungjawab.

“Bukan mudah bagi sebuah negara berbilang kaum hidup dengan rukun damai serta saling hormat-menghormati. Namun, kita telah membuktikan kemampuan kita” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Berkhatan Beramai-ramai di perkarangan Masjid Muqarramah Tanjung Batu, Tawau.

Seramai 64 orang kanak-kanak menyertai program anjuran Pusat Zakat Sabah cawangan Tawau dwngan kerjasama Unit PPM Tanjong Batu.

Jelas Hamisa perpaduan antara rakyat telah melahirkan suatu kekuatan luar biasa yang telah menjadikan negara pesat membangun sejak mencapai kemerdekaan.

“Adalah menjadi tanggungjawab setiap rakyat yang cintakan keamanan dan kemajuan untuk memastikan perpaduan sesama kita bukan sahaja dikekalkan, malah dipupuk dan dipereratkan lagi.”

” Semangat persaudaraan dan rasa setiakawan yang terjalin menjadikan nilai toleransi yang cukup berharga bagi menentukan masa depan generasi baru malaysia terus menikmati suasana kehidupan yang harmoni,” jelas Hamisa.-Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan