Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,696

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Perpaduan nasional tonggak kejayaan negara- Kurup

5:17pm 02/05/2016 Elezebeth Esther Onjining 16 views Tempatan
Kurup (tengah) menuang padi ke dalam 'tangkob' (sejenis bekas tempat menyimpan padi)

Kurup (tengah) menuang padi ke dalam ‘tangkob’ (sejenis bekas tempat menyimpan padi)

KOTA KINABALU- Perpaduan nasional merupakan tonggak kepada kejayaan negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup.

Katanya, perpaduan nasional adalah salah satu faktor penting yang membolehkan negara ini menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

“Saya percaya dengan perpaduan yang kukuh, negara kita akan mencapai kejayaan yang cemerlang,”katanya semasa berucap sempena majlis perasmian ‘Hontog Kaamatan 2016’ di Magellan Sutera Harbour Resort, disini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau turut mengingatkan kepada masyarakat perlu sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang telah diberikan.

“Kita perlu sedar bahawa kestabilan, keamanan dan kemakmuran yang dinikmati selama ini bukanlah sesuatu yang wujud secara semulajadi.

“Sebaliknya, ia adalah hasil usaha dan pengorbanan pemimpin, kerajaan dan seluruh lapisan rakyat sejak dahulu hingga kini,”ujarnya.

Selain itu, Kurup turut menyeru kepada Persatuan Kadazan Sabah (KSS) agar sentiasa berusaha dalam mengeratkan perpaduan dan kesatuan di kalangan KadazanDusun Murut (KDM).

“KSS harus mencetus idea- idea yang berinspirasi kepada masyarakat KDM untuk bersatu padu demi masa depan yang lebih terjamin,”katanya.

Dalam pada masa yang sama, Kurup menyeru kepada KSS agar memastikan perayaan ‘Hontog Kaamatan’ terus relevan di kalangan masyarakat.

“Ia (Hontog Kaamatan) menjadi wadah kepada kekayaan budaya dan tradisi KDM dengan keunikan dan identitinya yang tersendiri, untuk diwarisi generasi akan datang,”katanya.

Hadir sama, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Presiden KSS, Datuk Marcel Leiking, dan Timbalan Presiden KSS merangkap Pengerusi Penganjur Hontog Kaamatan, Datuk John Sikayun. Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan