Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,644

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Perpaduan Masyarakat Perlu Diberi Penekanan – Musa

Datuk Seri Musa Aman

Datuk Seri Musa Aman

SANDAKAN – Aspek perpaduan masyarakat dan keamanan negara perlu diberi penekanan dalam melaksanakan program pembangunan sosial.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata perpaduan dalam kalangan masyarakat merupakan tunjang kepada keamanan yang berterusan, sekali gus membolehkan usaha pembangunan dilaksanakan dengan lancar.

“Perpaduan dalam kalangan masyarakatlah yang menjadi kunci kejayaan kepada usaha pembangunan dalam semua aspek termasuk pendidikan, ekonomi, budaya, keselamatan dan keamanan,” katanya ketika merasmikan Program Semarak Kasih Jiran Sekampung di sini, hari ini.

Program anjuran bersama Yayasan Sabah, Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat Dewan Undangan Negeri Sungai Sibuga dan Sandakan FM diadakan di Kampung Pangkalan Rancangan Sungai Manila.

Beliau berkata penganjuran Program Semarak Kasih Jiran Sekampung ini dijayakan dalam semangat kerjasama dan perpaduan.

Katanya ia penting kerana usaha memajukan minda masyarakat memerlukan penerimaan dan komitmen masyarakat setempat terhadap program pembangunan yang dirancang.

Tanpa sokongan dan komitmen rakyat, usaha pembangunan yang dirancang tidak akan mencapai matlamatnya, katanya.

Musa berkata usaha menyemai dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan masyarakat dan kerjasama antara agensi dalam aktiviti pembangunan telah menjadi amalan kebanyakan agensi kerajaan dan swasta di Sabah.

Menurutnya pembabitan agensi kerajaan termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) penting dalam membantu kerajaan mendekati masyarakat seperti yang dilakukan Yayasan Sabah.

Beliau mahu lebih banyak pihak swasta dan GLC tampil melaksanakan program sosial korporat mereka yang memberi manfaat kepada rakyat. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan