Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Perpaduan masyarakat pelbagai kaum di Sabah terus subur

Ghani (kiri) semasa mengunjungi rumah keluarga Salim Linggi di Kampung Kuit Lanas. - foto Kalawon Sawing / SayangSabah
Ghani (kiri) semasa mengunjungi rumah keluarga Salim Linggi di Kampung Kuit Lanas. – foto Kalawon Sawing / SayangSabah

NABAWAN – Perpaduan dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum dan kepercayaan di negeri ini khususnya di kawasan pedalaman yang sedia terjalin merupakan pemangkin kepada gagasan 1Malaysia.

Ketua UMNO Bahagian Pensiangan, Datuk Abdul Ghani Datuk Yassin berkata, budaya kunjung mengunjung di negara ini seperti Aidilfitri bukanlah perkara baru tetapi ia sudah wujud sejak dahulu lagi.

Menurut Ghani, semangat 1Malaysia sebenarnya sudah sedia wujud dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di Sabah terutama di kawasan pedalaman yang mempunyai pelbagai etnik dan anutan agama.

“Namun, ia lebih terserlah lagi dengan gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebaik saja menerajui kepimpinan negara,” katanya ketika ditemui media dalam majlis rumah terbuka Ketua Wanita UMNO bahagian itu, Zaiton Anik di sini hari ini.

Ghani berkata, kehadiran masyarakat masyarakat berbilang kaum dan kepercayaan dalam mana-mana sambutan perayaan di negeri ini menunjukkan perpaduan dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum di negeri ini terus subur. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan