Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Perpaduan kukuh diantara kaum dan anutan agama

5:21pm 24/12/2015 Ann Vivien 19 views Isu Semasa,Tempatan
Ghani (berselendang) bersama pemimpin masyarakat dan pemimpin gereja memotong kek bersama-sama pada majlis itu

Ghani (berselendang) bersama pemimpin masyarakat dan pemimpin gereja memotong kek bersama-sama pada majlis itu

NABAWAN: Keharmonian dan perpaduan masyarakat di negeri ini terus kukuh walaupun terdiri dari pelbagai kaum dan anutan agama.

Ketua Umno Bahagian Pensiangan Datuk Abdul Ghani Datuk Yassin berkata, masyarakat pelbagai kaum dan anutan agama di negeri ini terus hidup dalam keadaan harmoni, aman dan damai.

Katanya, perbezaan kaum dan anutan agama bukan jadi penghalang masyarakat di kawasan ini untuk bersatu padu dan hormat menghormati di antara satu dengan yang lain.

“Keharmonian dan perpaduan masyarakat pelabagai kaum dan kepercayaan di kawasan ini sebenarnya sudah wujud sejak dahului lagi dan berkekalan sehingga kini” katanya kepada media selepas menghadiri Krismas Gabungan Paroki Sepulut di balai budaya Kg. Tonomon kira-kira 70 kilometer dari sini pada Rabu.

Beliau berkata, dalam negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum dan kepercayaan perpaduan dan persefahaman di antara satu sama lain adalah amat penting.-Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan