Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Perpaduan kaum membawa kemajuan dan kejayaan negeri

2:11pm 02/11/2015 Dewiana Tinggolongon 27 views Keningau,Tempatan

Ghani menyampaikan anugerah Tokoh Maal Hijrah kepada Zainal.

                        Ghani menyampaikan anugerah Tokoh Maal Hijrah kepada Zainal.

KENINGAU-  Berkat  semangat perpaduan dan kerjasama yang dipegang rakyat pelbagai kaum selama ini membolehkan pihak kerajaan membawa negeri ini ke mercu kemajuan dan kejayaan.

Ketua Bahagian UMNO Pensiangan Datuk Abdul Ghani Mohamad Yassin berkata, dengan adanya pencapaian sedemikian masyarakat diingatkan agar tidak leka sebaliknya terus melipatgandakan usaha  dengan mewujudkan masyarakat dinamik, berdaya saing  dan berpegang teguh kepada tradisi kebudayaan bersama yang membolehkan membawa negeri ini lebih maju ke hadapan.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan majlis sambutan Maal Hijrah 1437 Hijrah tahun 2015 Peringkat Daerah Kecil Sook di Mini Dewan  Kampung Kuit Lanas Sook pada Sabtu.

Sementara itu katanya, dalam cabaran masa kini pelbagai lapisan masyarkat kuhsusnya masyarakat Islam juga diingatkan agar mengikikis sikap negatif serta perlu mempertingkatkan lagi budaya amal ibadah bagi menganjak keadaan hidup ke tahap yang lebih baik dengan mengubah cara berkerja untuk mencapai matlamat halatuju dengan pertumbuhan ekonomi yang tinggi.

Pada majlis sambutan Maal Hijrah itu, Joilim @ Zainal Abidin 59, yang merupakan persara guru berasal dari Penempatan Rancangan Belia Tulion Sook telah  dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijarah peringkat Daerah Kecil Sook. – Oleh KALAWON SAWING / sayangsabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan