Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Perpaduan kaum di Sabah realiti unik

Musa (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim dalam majlis berbuka puasa anjuran bersama Safoda dan Pergerakan Puteri UMNO Kota Kinabalu. Foto Ille Tugimin/SayangSabah
Musa (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim dalam majlis berbuka puasa anjuran bersama Safoda dan Pergerakan Puteri UMNO Kota Kinabalu. Foto Ille Tugimin/SayangSabah
KOTA KINABALU – Realiti hubungan sesama kaum yang erat di negeri ini merupakan satu keunikan dan ia wajar terus dipupuk dalam usaha mengukuhkan lagi semangat 1Malaysia.
Timbalan Pengerusi Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah (Safoda), Normala Rasik berkata, ia dapat memberi peluang beramah mesra serta memantapkan jalinan rakyat di negeri tanpa mengira latarbelakang budaya dan agama.
“Sikap ini diharap akan terus dilaksanakan pada masa hadapan demi membina ikatan perpaduan dalam kalangan rakyat yang lebih erat,” katanya ketika berucap dalam majlis berbuka puasa anjuran Safoda di sini hari ini.
Ia dihadiri tetamu kehormat, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman. Hadir sama Pengerusi Safoda, Senator Datuk Dr. Lucas Umnbul.
Program yang diadakan dengan kerjasama Safoda dan Puteri UMNO negeri itu turut menyampaikan sumbangan kepada 51 anak yatim daripada Kota Kinabalu, Sepanggar, Penampang dan Putatan.
Beliau berharap, dengan sumbangan itu golongan kurang berkemampuan sedikit sebanyak mendapat keceriaan untuk menyambut syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi.
Dalam perkembangan lain, Normala yang juga Ketua Puteri UMNO negeri berkata, pelantikan beliau sebagai Timbalan Pengerusi Safoda merupakan satu penghargaan dan pengiktirafan kepada Puteri.
Menurutnya, segala kepercayaan yang diberikan kepadanya akan dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan