Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Perpaduan jadi agenda utama realisasikan negara, bangsa maju

Muhyiddin (tengah) bersalaman dengan kanak-kanak berpakaian tradisional sempena majlis Anugerah Perdana Rukun Tetangga di Dewan Undangan Negeri Sabah. - foto Jabatan Penerangan
Muhyiddin (tengah) bersalaman dengan kanak-kanak berpakaian tradisional sempena majlis Anugerah Perdana Rukun Tetangga di Dewan Undangan Negeri Sabah. – foto Jabatan Penerangan

KOTA KINABALU – Kerajaan telah mengambil pelbagai langkah untuk memastikan nilai dan semangat perpaduan dalam komuniti majmuk negara dapat terus dipelihara tanpa diganggu gugat oleh pihak yang cuba menimbulkan suasana tidak tenteram dalam negara.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, atas kesederaan itu, kerajaan mengangkat aspek perpaduan sebagai agenda utama dalam usaha merealisasikan negara membangun dan maju dalam pelbagai bidang serta mempunyai identiti tersendiri.

Justeru dalam hal ini, katanya, kerjaan telah merangka pelan strategi dan hala tuju yang jelas bagi setiap perancangan dan dasar negara dalam menghadapi dan menangani isu serta masalah dibangkitkan oleh pihak berkepentingan peribadi dan mempunyai agenda masing-masing.

“Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat terdiri daripada masyarakat majmuk dengan kira-kira 219 suku kaum yang mengamalkan anutan agama, budaya dan cara hidup berbeza

“Oleh yang demikian, perpaduan yang kukuh dalam kalangan pelbagai kaum ini merupakan tunjang utama untuk menentukan hala tuju pembangunan negara pada masa depan,” katanya ketika berucap dalam majlis Anugerah Perdana Rukun Tetangga di Dewan Undangan Negeri Sabah, di sini hari ini.

Majlis anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (Jabatan Perdana Menteri) dengan kerjasama kerajaan negeri, itu turut hadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup.

Muhyiddin menegaskan, unsur perpaduan jitu sentiasa diberikan penekanan oleh kerajaan dalam merangka setiap dasar yang dilaksanakan sama ada dalam bidang ekonomi, sosial mahu pun politik.

Untuk tujuan itu, beliau berkata, satu akta digubal di Parlimen dan mula berkuatkuasa pada 22 Jun 2012, dikenali sebagai Akta Rukun Tetangga 2012 yang merangkumi akta berhubung dengan rukun tetangga dan skim rondaan sukarela (SRS).

Beliau menambah, sehingga Januari ini, terdapat kira-kira 7,137 unit kawasan rukun tetangga dengan seramai 178,425 ahli jawatankuasa manakala SRS sebanyak 4,288 skim dengan peronda seramai 85,760 orang seluruh negara.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, aspek keselamatan merupakan antara isu utama yang perlu diberi perhatian dalam menjamin keharmonian dan kesejahteraan dalam sesebuah negara dan penubuhan rukun tetangga adalah kaedah dikenalpasti paling berkesan dalam menjamin tahap keselamatan sesuatu komuniti.

Sehubungan itu, beliau yakin dengan adanya aktiviti rondaan rukun tetangga berupaya menangani jenayah dan masalah sosial di samping dapat mewujudkan hubungan perpaduan dalam kalangan penduduk setempat.

Langkah itu, katanya, ibarat serampang dua mata yang mampu bukan sahaja menurunkan kadar jenayah di kawasan perumahan, malah dapat mengeratkan lagi silaturrahim dan perpaduan dalam kalangan penghuninya. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan