Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Perpaduan Dalam Masyarakat Majmuk Perlu Dipelihara – Musa

cm

SANDAKAN, 3 Jan : Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berkata keharmonian dan perpaduan masyarakat berbilang kaum perlu dikekalkan kerana ia adalah tanggungjawab bersama.

Katanya hikmahnya besar kerana manfaatnya akan dinikmati bukan sahaja oleh umat Islam bahkan seluruh ahli masyarakat, sesuai dengan kemuliaan agama Islam sebagai agama perpaduan dan keamanan.

“Marilah kita mengambil iktibar daripada sambutan Maulidur Rasul ini dengan kembali menghayati ajaran Islam dan mencontohi keperibadian, semangat dan daya juang serta akhlak Nabi Muhammad SAW.

“Semoga dengan penghayatan itu, akan mengukuhkan lagi kesatuan dan kekuatan kita dalam menghadapi pelbagai cabaran dan menjayakan program transformasi negara seterusnya memartabatkan lagi kejayaan umat Islam ke mercu kegemilangan,” katanya pada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di sini, Sabtu.

Katanya umat Islam hari ini berhadapan dengan pelbagai cabaran dan dugaan dan oleh itu hanya kesatuan dan perpaduan umat Islam akan menjadi umat yang cemerlang dan dihormati.– BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan