Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,671

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Perompak Malaysia dijel 7 tahun

9:48am 16/01/2016 Pak Roshan 285 views Global
RAVI

RAVI

Singapura: Seorang lelaki Malaysia dipenjara tujuh tahun dan 12 sebatan kerana terbabit dalam rompakan berkumpulan pada 2014.

Ravi Sandhira Sagaran, 28, mengaku merompak dua beg mengandungi S$624,036 (RM1.9 juta) dalam mata wang tempatan dan asing daripada Ali Yousouf Saiboo, 35, di tempat letak kereta terbuka di Block 110, Aljunied Crescent, pada jam 12.53 pagi pada 5 November 2014.

Empat lagi rakyat Malaysia yang terbabit bersamanya masih belum ditangkap.

Dia turut berdepan satu lagi tuduhan, bersubahat dengan enam lelaki Malaysia termasuk seorang dikenal pasti sebagai Tachana Moorthy Peromal, 29, dan penduduk tetap Singapura, Annadurai Raman, 43, untuk mencuri kereta dari tempat letak kereta bertingkat di Woodlands.

Kes itu akan dibicarakan bulan depan.

Timbalan Pendakwa Raya Tan Soo Tet berkata, Ravi bersetuju mengambil bahagian dalam rompakan itu selepas dijanjikan habuan.

Ravi dan rakan subahatnya membuat perancangan teliti selama lebih dua bulan untuk merompak Ali Yousouf, pekerja perniagaan pengurup wang bapa mentuanya.

Ravi ditahan pada 12 November 2014. Wang berkenaan sehingga kini masih belum ditemui. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan