Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Perompak kantoi, duit jatuh dari kocek

perompak

California: Seorang lelaki yang disyaki merompak sebuah bank ditangkap selepas sejumlah besar

wang terjatuh dari seluarnya ketika disoal siasat.

Polis berkata, Shawn Lee Canfield, 25, memasuki bank berkenaan petang kelmarin dan

menyerahkan kepada seorang juruwang sekeping kad menuntut wang.

Pihak berkuasa semalam berkata, juruwang berkenaan menyerahkan wang berjumlah AS$2,748

(RM8,772) kepada Canfield yang kemudiannya bertindak melarikan diri.

Juruwang terbabit kemudian memberi butir terperinci mengenai suspek, termasuk tatu pada

mukanya.

Penyiasat berjaya menjejaki lelaki itu berdasarkan maklumat yang mereka terima.

Apabila mereka mendekati Canfield, dia kelihatan menyorokkan sesuatu ke dalam saku seluarnya,

lapor akhbar Modesto Bee.

Juruwang terbabit yang dibawa ke tempat Canfield ditahan mengesahkan Canfield perompak itu.

Dia kemudian dibawa ke ibu pejabat polis.

Ketika menaiki tangga, wang mula jatuh dari seluarnya – semuanya berjumlah AS$2,414

(RM7,705).

Selepas disoal siasat, Canfield berdiri dan baki RM334 (RM1,098) jatuh lagi dari seluarnya. –

Agensi

Komen


Berita Berkaitan