Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Perompak dibedah untuk keluarkan cincin curi

GAMBAR X-ray menunjukkan cincin di dalam kerongkongnya.
GAMBAR X-ray menunjukkan cincin di dalam kerongkongnya.

California: Seorang lelaki perlu menjalani pembedahan mengeluarkan cincin curi yang ditelannya ketika melarikan diri dari polis.

Joel Steffensen, 36, didakwa memecah masuk sebuah rumah di Walnut Creek, California, sebelum kenderaan yang dinaiki untuk melarikan diri merempuh pagar besi.

Dia ke hospital selepas kemalangan itu. Hasil pemeriksaan X-ray menunjukkan sebentuk cincin berada di dalam kerongkongnya, menyebabkan dia terpaksa menjalani pembedahan.

Doktor berjaya mengeluarkan cincin berkenaan yang kemudian disahkan pemilik rumah yang dipecah masuk oleh Steffensen sebagai cincin perkahwinannya.

Gambar X-ray milik Steffensen yang didedahkan menunjukkan cincin itu berada di dalam kerongkongnya.

Steffensen didakwa atas tuduhan mencuri, melarikan diri dari polis dan melawan ketika ditangkap. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan