Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Perogol Kanak-kanak Dipenjara Tiga Hari, Denda RM10,000 Kerana Rasuah Bapa Mangsa

rogol

KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara tiga hari terhadap perogol kanak-kanak yang telah disabitkan selepas lelaki itu mengaku salah memberi sogokan kepada bapa kanak-kanak perempuan itu supaya menarik balik laporan rogol terhadapnya.

Hakim Ishak Bakri turut mengenakan hukuman denda RM10,000 atau dua bulan penjara jika gagal membayar denda itu selepas lelaki berumur 41 tahun itu mengaku bersalah pada 4 Jun lepas.

Riduan Masmud mengaku menyogok bapa mangsa sebanyak RM10,000 dalam tiga pertemuan di Jalan Tuaran Bypass dekat sini pada 18 April tahun lepas.

Pada 3 Feb, dia dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan dengan rotan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Ummu Khaltom Abd Samad selepas didapati bersalah merogol gadis itu di dalam sebuah kereta yang diparkir di tepi jalan dekat Air Terjun Kionsom di Inanam dekat sini antara 9 pagi dan 10 pagi pada 18 Feb tahun lepas.

Menurut pihak pendakwa raya, Riduan menawarkan wang kepada bapa mangsa untuk membolehkannya mengahwini budak perempuan itu yang ketika kejadian berumur 12 tahun, dan sebagai dorongan kepada mangsa untuk menarik balik laporan rogol terhadapnya.

Riduan diwakili peguam Ram Singh manakala pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Kevin Morais.

Pada 20 Mei tahun lepas, Riduan memberitahu mahkamah bahawa dia telah berkahwin dengan budak perempuan itu.

Dia sedang menunggu rayuannya didengar bagi sabutan merogol itu.

Komen


Berita Berkaitan