Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Perodua Rusa musnah terbakar

7:06pm 17/10/2016 Leolerry Lajius 678 views Tempatan
rusa

Pihak bomba ketika melakukan operasi memadam kebakaran. / Keadaan kenderaan yang musnah dalam kejadian berkenaan.

SEMPORNA: Sebuah kereta jenis Perodua Rusa musnah kerana terbakar dalam kejadian yang berlaku di Kampung Sungai Tuhok KM 15, Jalan Bugaya, di sini, petang tadi.

Pihak bomba telah menerima makluman mengenai kejadian berkenaan pada jam 2.25 petang dan tiba di lokasi sejauh 18 kilometer itu pada jam 2.35 petang.

Operasi pemadaman dijalankan menggunakan 1 aliran hose reel dari jentera dan melibatkan seramai tujuh orang anggota.

Operasi tamat pada jam 3.00 petang dan tiada mangsa yang dilaporkan mengalami kecederaan dalam kejadian berkenaan.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan