Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Perodua Buka Tempahan Untuk MyVi Baharu

perodua

KUALA LUMPUR – Perodua membuka tempahan untuk model Myvi baharunya, yang akan dilancarkan pada 15 Jan.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata kereta berkenaan menawarkan tahap keselamatan yang lebih tinggi.

Ia berkata ciri-ciri baharu keselamatan itu memperoleh penarafan empat bintang menerusi Program Penilaian Kereta Baharu Asean.

“Penambahbaikan ini dibuat selepas kajian mendalam,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Aminar Rashid Salleh.

Myvi kini merupakan model Perodua yang paling berjaya dan menjadi kereta terlaris di Malaysia selama sembilan tahun berturut-turut.

New-Myvi-Product-Info-ENGLISH-850x1207

Myvi baharu ini berharga antara RM41,500 dan RM58,900 di Semenanjung Malaysia dan didatangkan dalam dua warna, Electric Blue dan Cosmic Gold.

Ia adalah tambahan warna popular model itu yang sedia ada iaitu Ozzy Orange, Mystical Purple, Glittering Silver dan Ivory White. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan