Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Permuafakatan jaminan BN terus kukuh

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman (kiri) menyambut kunjungan Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya, Kota Kinabalu. - pix JKM
Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman (kiri) menyambut kunjungan Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya, Kota Kinabalu. – pix JKM

KOTA KINABALU – Amalan kesepakatan dan perbincangan dalam menangani pelbagai isu yang timbul  melibatkan kepentingan parti merupakan pendekatan utama Barisan Nasional (BN) dalam memastikan parti itu terus ampuh.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, apa juga isu berbangkit dan mempunyai kaitan dengan parti boleh dikemukakan untuk dibincangkan secara terbuka agar satu jalan penyelesaian dapat dicapai  demi kepentingan semua pihak.

“Dalam keluarga BN, semua ahli pati perlu berfikiran terbuka dalam mendepani pelbagai isu berbangkit agar ia dapt diselesaikan secara muafakat,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kiitingan di kediaman rasmi Ketua Menteri, di Sri Gaya, Kota Kinabalu di sini hari ini.

Musa berkata, tidak dinafikan kadang kala berlaku perbezaan pendapat dalam komponen parti yang boleh menimbulkan masalah, namun jelas beliau lagi ia merupakan asam garam dalam mana-mana parti sekalipun.

Begitupun, beliau berkata apa yang penting ialah ahli parti perlu terus bersatu hati dan berusaha mengukuhkan kedudukan dan kekuatan.

Musa yang juga Pengerusi BN Sabah berkata, beliau lebih suka mengamalkan pendepatan perbincangan sesama ahli dan dalam masa sama cuba mencari penyelesaian yang dipersetujui oleh semua parti. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan