Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Permohonan Untuk Pinjaman Ditolak Kerana Tiada Cap Jari

OKU

Malang menimpa seorang pemuda berusia 25 tahun, Wu Jianping apabila bank menolak permohonannya untuk mendapatkan pinjaman bagi membeli rumah hanya disebabkan dia gagal menyediakan cap jari.

Keadaan ini disebabkan Wu mengalami kudung kedua-dua belah tangan. Dia kehilangan kedua-dua tangan selepas terlibat dalam kemalangan ketika berusia lima tahun.

Meskipun Wu boleh menulis dengan menggunakan mulutnya namun bank masih meminta cap jari bagi mengesahkan pengenalannya..

Kegagalan pemuda yang berasal dari Zhengzhou, China untuk mendapat pinjaman itu telah mendedahkan kegagalan sistem birokrasi yang masih percaya bahawa cap jari merupakan kaedah untuk mengikat sesuatu mengikut undang-undang.

Hanya selepas masalah Wu itu diketengahkan oleh media, barulah bank-bank yang menolak permohonannya itu menukar fikiran.

Pada masa sama, biro pengurusan perumahan juga telah merayu kepada pihak bank agar cara lain digunakan untuk pengesahan kad pengenalan supaya individu lain yang mengalami keadaan sama seperti Wu, tidak akan berdepan masalah seperti itu. – mynewshub

Komen


Berita Berkaitan