Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PERMOHONAN BATAL PETISYEN PILIHANRAYA KIMANIS DAN KIULU, MAHKAMAH BUAT KEPUTUSAN 2 OKT DAN 3 OKT

KOTA KINABALU: Keputusan permohonan bekas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman untuk membatalkan petisyen calon Parti Warisan Sabah (Warisan) mencabar kemenangan kerusi Parlimen Kimanis beliau akan diketahui 2 Oktober nanti.

Sementara itu, keputusan bagi permohonan serupa oleh Adun Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai yang kemenangannya dicabar oleh calon dari Warisan, Jo-Anna Sue Henley Rampas, akan diumumkan pada 3 Oktober.

Tarikh tersebut diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Sibu, Supang Lian setelah mendengar hujah kesemua pihak kelmarin bagi permohonan Anifah dan hari ini bagi permohonan Joniston dalam Mahkamah Pilihanraya di sini.

Pada hari ini, Supang telah membenarkan permohonan respondan kedua (Pegawai Pilihanraya) dan respondan ketiga (Suruhanjaya Pilihanraya) supaya mereka dikeluarkan daripada petisyen calon Warisan bagi DUN Kiulu,

Peguambela yang mewakili respondan kedua dan ketiga memberi hujah bahawa tuduhan dalam petisyen Jo-Anna hanya melibatkan Joniston.

Respondan kedua dan ketiga diwakili oleh Muammar Julkarnain, Syarulnizam Salleh dan Shahlan Jufri.

Sebelum itu, Tengku Fuad Tengku Ahmad dan Henry Gudid yang mewakili Joniston memberi tujuh sebab petisyen Jo-Anna patut ditolak.

Jo-Anna pula diwakili oleh Mary Florence Gomez dan Edina Sung Burongoh.

Dalam petisyen kerusi parlimen Kimanis, Karim diwakili oleh Raymond Szetu, Song Wei Wan, Tiong Jia Yi, Thong Fei Eng dan Chua Kuan E manakala Tengku Fuad dan Ridwandean Borhan mewakili Anifah.

Respondan kedua dan ketiga dalam petisyen pilihanraya Kimanis diwakili oleh Japar Estaban, Muammar, Faizal Sarbi and Abdul Fikri Abdullah.

Karim dan Jo-Anna masing-masing mencabar kemenangan Anifah bagi kerusi Parlimen Kimanis dan Joniston bagi kerusi DUN Kiulu.

Dalam petisyen itu mereka memohon agar keputusan pilihanraya bagi kawasan Parlimen Kimanis dan DUN Kiulu pada 9 Mei lalu diisytihar sebagai tidak sah kerana mereka mendakwa keputusan antara lain dipengaruhi unsur rasuah.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan