Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Permohonan bantuan untuk Persatuan Pesara kerajaan Sabah

Datuk Wilfred Lingham
Datuk Wilfred Lingham

KOTA KINABALU- Persatuan Pesara Kerajaan Sabah memohon sumbangan daripada kerajaan
untuk memperolehi sebidang tanah untuk membangunkan bangunan khas untuk Koperasi Persatuan Pesara Kerajaan Sabah Berhad (KPPKSB)

Presiden Persatuan Pesara Kerajaan Sabah, Datuk Wilfred Lingham berkata, sudah tiba masanya persatuan ini mempunyai bangunannya sendiri bagi memantapkan lagi pentabiran dan segala pengurusan koperasi itu.

“Sudah 17 tahun persatuan ini menumpang di bangunan Bangunan Dewan Perdana Maksak Likas dan sudah tiba masanya persatuan ini mempunyai bangunannya sendiri,” katanya kepada pemberita, di sini kelamarin.

Katanya, pesara kerajaan ini telah lama berkhidmat dengan kerajaan dan adalah wajar mereka dibantu bagi mengukuhkan lagi ekonomi persatuan tersebut.

Beliau berkata, jangkaan pesara kerajaan lima tahun akan datang ialah seramai enam ribu pesara dan golongan ini akan menjadi sasaran utama mereka untuk terlibat dalam persatuan itu.

“Pesara kerajaan tidak perlu ragu-ragu untuk menjadi ahli bagi koperasi ini kerana persatuan ini telah didaftarkan pada tahun 1998 di bawah Akta Pertubuhan 1966 manakala KPPKSB pula didaftarkan pada tahun 2014,” katanya.- oleh Dewiana Tinggolongon / SayangSabah.

Komen


Berita Berkaitan