Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PERMAS memberikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Sembulan

Kota Kinabalu: Pertubuhan bukan kerajaan Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (PERMAS) menyampaikan sumbangan kepada tujuh buah keluarga mangsa kebakaran di Kampung Sembulan di Balairaya Kampung Sembulan lama, di sini hari ini.

Sumbangan berupa barangan keperluan asas dan wang tunai.

Majlis penyampaian disempurnakan oleh Pengerusi Permas Sabah, Norbaki Lamsari serta ahli jawatankuasanya.

Turut hadir Penasihat Pernas, Jamil Anang dan Timbalan Pengerusi II, Zainal Abidin Alimuddin.

Terdahulu, mangsa juga turut menerima sumbangan bantuan berupa wang tunai daripada Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Selatan yang disampaikan oleh Pengurus Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Selatan Hanafiah Diman di Dewan Muhibbah Sembulan./SayangSabah

Permas Malaysia bergambar kenangan dengan keluarga mangsa kebakaran.
Permas Malaysia bergambar kenangan dengan keluarga mangsa kebakaran.

Komen


Berita Berkaitan