Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,656

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa FCAS Sabah 21,22 Mei ini

8:25pm 04/05/2016 Leolerry Lajius 127 views Tempatan
Tun Juhar (tengah) bersama T.C Goh (lima dari kiri) dan Jawatankuasa penganjur mempromosikan penganjuran Kejohanan Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa Negeri Sabah 2016.

Tun Juhar (tengah) bersama T.C Goh (lima dari kiri) dan Jawatankuasa penganjur mempromosikan penganjuran Kejohanan Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa Negeri Sabah 2016.

KOTA KINABALU – Kejohanan Lumba Perahu Naga Antarabangsa Negeri Sabah 2016 Kali Ke-3 akan bermula pada 21 hingga 22 Mei ini di Teluk Likas.

Presiden Persekutuan Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS), Datuk Seri Panglima (Dr) T.C Goh berkata kejohanan itu dijangka lebih meriah dengan sasaran lebih 100 penyertaan dari dalam dan luar negara.

Perlumbaan tersebut juga lebih menarik apabila ia bakal  disertai sebuah kumpulan dari China selain dari Filipina, Brunei dan beberapa buah negara lain.

Sebanyak sembilan kategori dipertandingkan antaranya kategori antarabangsa, persatuan-persatuan cina tempatan dan campuran yang turut menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM80,000. 

Beliau memberitahu media selepas membuat kunjungan hormat terhadap Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah,  Tun Datuk Seri Panglima Dr. Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin di Istana Negeri, pagi tadi.

Tambahnya, penganjuran berkenaan akan lebih meriah melalui pelaksanaan konsep karnival di mana masyarakat bukan sahaja boleh melihat perlumbaan perahu naga,  malah turut berpeluang menyaksikan pertandingan masakan tradisional masyarakat Cina oleh komuniti wanita FCAS.

Justeru, beliau mempelawa seluruh masyarakat untuk hadir dan memeriahkan kejohanan tersebut dengan menyaksikan berbagai acara dan aktiviti dipersembahkan bagi hiburan seisi keluarga./SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan