Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Perluasan PBS Ke Semenanjung, Sarawak Bergantung Kepada Permintaan

Joseph Pairin Kitingan.
Joseph Pairin Kitingan

KOTA KINABALU : Parti Bersatu Sabah (PBS) bersedia membuka cawangannya di Semenanjung dan Sarawak sekiranya menerima permintaan penduduk Sabah yang tinggal di negeri-negeri berkenaan, kata presidennya Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Namun, Pairin yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, berkata pembukaan cawangan PBS di luar negeri ini perlu mengambil kira pelbagai aspek termasuk kebajikan penduduk Sabah di kawasan berkenaan.

“Niat PBS (membuka cawangan di luar Sabah) adalah baik dan semua pihak perlu praktikal mengenai perkara itu…sama ada kita buat atau tidak, itu bergantung kepada maklum balas penduduk Sabah di Semenanjung dan Sarawak,” katanya kepada pemberita dalam sidang berita di Dewan Undangan Negeri Sabah di sini, hari ini.

Menurutnya PBS sentiasa mahukan melancarkan jambatan perhubungan di antara Sabah, Semenanjung dan Sarawak.

Sehubungan itu, katanya tidak timbul isu yang kononnya beliau adalah ‘Trojan Horse’ sekiranya PBS membuka cawangan di Sarawak.

“Saya ingin menjelaskan saya bukan ‘Trojan Horse’ kepada sesiapa pun,” katanya sambil menjelaskan pembukaan cawangan PBS di Sarawak adalah menerusi permintaan individu manakala pembukaan di Semenanjung disuarakan menerusi Kelab PBS yang ditubuhkan di sana.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan