Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Perluas pendidikan bahasa arab

Sandakan : Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekong, Datuk Samsudin Yahya mencadangkan pihak Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia agar mempertimbangkan perlaksanaan Kurikulum Bersepadu Dini ( KBD) dengan menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa penghantar.

Beliau mahu pengajaran mata pelajaran Bahasa Arab diperluaskan secara menyeluruh kepada semua pelajar sekolah khususnya SMK Agama Tun Juhar, Batu Sapi Sandakan.

Menurut beliau, usaha itu bukan untuk membebankan pelajar Islam sebaliknya bertujuan memberi manfaat dari segi penguasaan pelbagai bahasa.

Katanya, pelajar bukan Islam misalnya pelajar Cina kini mampu menguasai sekurang-kurangnya tiga bahasa iaitu bahasa Cina, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

“Ini terbukti sudah ada pelajar di sekolah agama dan sekolah kebangsaan dapat menguasai tiga bahasa selain bahasa Melayu dan Inggeris,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Perasmian Majlis Idul Ilmi Tahun 2017 SMK Agama Tun Juhar Sandakan.

Ujarnya, cadangan tersebut amat sesuai dipraktikkan memandangkan Bahasa Arab kini sama penting dengan bahasa lain.

Malah katanya, ia juga memberi peluang kepada masyarakat Islam menguasai bahasa tersebut yang juga bahasa al-Quran.

”Dengan menguasai bahasa Arab, hubungan kita khususnya sesama umat Islam lebih erat malah menjadi identiti kepada masyarakat Melayu Islam melalui penguasaan bahasa Arab,” katanya.

Kata beliau, biarpun pelaksanaannya sukar ekoran ketiadaan tenaga pengajar dan kekurangan kesedaran mengenai kepentingan pendidikan bahasa Arab, kekangan tersebut tidak boleh dijadikan alasan untuk mempraktikkannya pada masa depan./SayangSabah

Kenangan….Samsudin bergambar kenangan
dengan guru-guru SMK Agama Tun Juhar Batu Sapi, Sandakan.

 

Komen


Berita Berkaitan