Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

‘Perlu sistematik’

MAJLIS penutup Sukan Universiti Dunia Gwangju 2015.
MAJLIS penutup Sukan Universiti Dunia Gwangju 2015.

Gwangju, Korea Selatan: Perancangan yang lebih serius dan sistematik diperlukan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sekiranya berhasrat mahu memastikan emas pertama mampu dicapai pada Sukan Universiti Dunia (Universiade) 2017 di Taiwan.

Tenaga kerja KPM perlu bermula dari sekarang dalam mengenalpasti acara yang bakal memberi kekuatan dan mampu menyumbang pingat kepada negara pada edisi ke-29 Universiade itu.

Malah atlet berkenaan perlu dikenalpasti bagi membolehkan prestasi dan program yang disusun mampu melonjakkan dirinya berada pada tahap terbaik semasa kejohanan berlangsung.

Insiden yang berlaku di Universiade Gwangju tidak seharusnya berlaku apabila terdapat atlet harapan dalam badminton tidak dilepaskan persatuan sukan kebangsaan pada saat akhir sehingga menggugat sasaran pingat negara.

Jadi tanpa perlu menyalahkan mana-mana pihak, kerjasama yang lebih erat antara KPM bersama persatuan sukan kebangsaan disokong Majlis Sukan Negara (MSN) amat diperlukan bagi membolehkan kalendar Universiade berada dalam radar dan program atlet.- myMetro Online

Komen


Berita Berkaitan