Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Perlu hati-hati ada NGO anjur program kutipan derma tanpa permit

Stephen (dua dari kiri) memberikan sijil penghargaan kepada kepada salah seorang peserta di tapak pameran program Bulan Kebajikan 2018 dan Festival Kebajikan Sabah. – Gambar SNT / Sitti Nor Azizah

KOTA KINABALU: Orang ramai dinasihati agar tidak melayan sebarang permintaan daripada mana-mana pertubuhan yang meminta sumbangan atas nama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menganjurkan program mengutip derma tanpa permit sah.

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Negeri, Stephen Wong berkata, sebarang penganjuran program melibatkan kutipan derma memerlukan kebenaran serta permit daripada pejabat Jabatan Ketua Menteri (JKM).

“Apa juga program untuk mengutip derma atau sumbangan, orang ramai perlu memeriksa sama ada organisasi itu mempunyai permit penganjuran daripada pihak JKM. Jika tidak ada (permit) abaikan sahaja mereka, tidak perlu layan.

Stephen (tiga dari kiri) merasmikan pelancaran Bulan Kebajikan 2018 dan Festival Kebajikan Sabah di kompleks beli belah Suria Sabah. – Gambar SNT / Sitti Nor Azizah Talata

“Kita tidak mahu orang ramai ditipu oleh pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan nama NGO untuk mengutip wang bagi kegunaan lain,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Bulan Kebajikan 2018 dan Festival Kebajikan Sabah pusat beli belah Suria Sabah di sini hari ini.

Program anjuran Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah (MPMS) turut dihadiri Pengerusi Pelaksana Festival Kebajikan Sabah, Datuk Eva Susau.

Terdahulu dalam ucapannya, Stephen berkata, kerja sosial kemasyarakatan yang dijalankan oleh MPMS dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang penglibatan dalam kerja-kerja sukarelawan bagi membantu kumpulan sasar.

Stephen (dua dari kiri) bersama beberapa wakil penganjur Bulan Kebajikan 2018 dan Festival Kebajikan Sabah menunjukkan solidariti kesihatan pada majlis itu. – Gambar SNT / Sitti Nor Azizah Talata

Tambah beliau lagi, kerja kebajikan yang dilalukan itu bukan sekadar `melepaskan batuk di tangga’ kerana tugas sebagai sukarelawan memerlukan komitmen tinggi untuk mencapai matlamat membantu golongan sasar.

Katanya, konsep sukarelawan bukanlah konsep baharu, malah semua individu tanpa mengira agama, golongan etnik serta status ekonomi mampu memberikan khidmat sukarelawan.

“Saya percaya terhadap kerja-kerja sosial yang dijalankan MPMS dan yakin kesejahteraan rakyat yang kita harap-harapkan dapat dicapai dengan kerjasama dan tenaga yang disumbangkkan oleh sukarelawan dan pihak penderma,” katanya. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan